Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Wednesday, September 4, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 4 (Last Day)



 Arini adalah hari last kami berada di bumi Sandakan ni, terasa sedih gaklah...sebab balik nanti dah kena keje...kehkehkeh..selepas sarapan aku ambil peluang untuk ronda2 bandar Sandakan, jalan kaki je dekat2 kawasan hotel sementara tunggu wife aku packing2 barang.....kami check out tepat jam 12pm...




Anak aku nyenyak lagi tdur kat dlm bilik hotel ni...huhu..




Sayunyelah nak tamatkan percutian ni...termenung jap...kekeke..





Bergambar bersama bonda tersayang sebelum check out


Bergambar kenangan bersama isteri tersayang




Indahnya permandangan di pagi hari


Antara gambar yang aku snapped masa ronda2 sorang2 kat bandar Sandakan ni


Tengah2 bandar Sandakan


Bergambar berhampiran Hotel Sandakan





Masjid di tengah bandar Sandakan





Kat depan Wisma Sandakan







 Aku dah set awal dengan driver teksi En Mat utk bawa kami ke airport, memang sportingla En Mat ni...payah nak cari driver yang baik ati macam En Mat
Dah bersedia untuk membawa kami ke airport





Bersama En Mat yang sporting


 Tapi sebelum itu kami singgah sekali lagi kat Pasar Sim Sim untuk makan tengahari...maklumlah flight kami petang dekat pukul 7.10 malam...jadi kami pun santai jela...



Menjamu selera di Pasar Sim Sim



Memang sedap dan murah makanan kat sini



Pasar Sim Sim dari pandangan luar bangunan


 Selepas selesai menjamu selera, kami pun terus menuju ke airport...terpaksa menungu di airport beberapa jam sebelum terbang ke Kuala Lumpur sebab flight kul 7.10mlm...huhu...






Sandakan Airport

Masa scan beg anak aku menangis pulak, mane taknya pegawai polis MAB tak benarkan anak aku wat masuk belon yang baru je dibeli kecuali kena buang angin dulu, aku nak buang angin anak aku tak nak sebab nanti belon tu rosak...last2 aku tak wat masuklah tinggal kat pegawai MAB tu..pastu dia menangis punya menangis...tak berhenti2...aku ngan wife aku pujuk pn  tak benti nangis gak...Tok Wan ngan Mak Tok pujuk pun tak jalan gak...last2 aku gi mintak balik belon tu kat polis MAB, aku buang angin belon tu...pastu bagi kat anak aku...baru lah dia berhenti menangis....letih woo...huhu...




Anak aku buat gaya, baru je lepas menangis



Dah bersedia untuk berlepas





 Ibu dan anak keletihan...kekekeke







Makanan yang disediakan oleh pihak MAS






 Dekat2 jam 10.00 malam kami pun tiba di KLIA dengan selamatnye...maka berakhirlah sudah percutian kami sekeluarga di Sandakan, Sabah...


 Saksikan video kami ni :






Sekian....Wassalam...

Tuesday, August 20, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 3

Kami bersarapan kat dalam hotel pagi ini, dah datang ramai2..apalagi pagi2 duk sembang2 macam2la...sambil2 tu kami ikut jugak berita berkenaan pencerobohan tu...Arini pun kami hanya plan jalan dekat2 hotel je...tak payah naik teksi ape...jimatla sket...hehehe...lagipun keadaan pun tak berapa mengizinkan untuk pergi jauh2...




Bergambar bersama bonda tersayang

Dekat2 tengahari kamipun turun ke bawah untuk mencari kedai2 yang sesuai untuk menjamu selera, pilih punya pilih akhirnya kami singgah kat kedai Tom Yam Restaurant kat depan Harbour Mall, harga pun boleh tahanla kat situ...mahal skit berbanding dengan dekat Pasar Sim Sim tu...dapat gak merasa udang galah...Alhamdulillah...



Bergegas mencari tempat untuk menjamu selera


Besar tu udang galah dia



Waktu kami dapat lihat ramai anggota tentera yang membuat rondaan untuk menjaga keamanan bandar Sandakan ni...rasa selamat sket...huhu...



Ronda2 dalam Harbour Mall Sandakan


Lepas tu kami pusing2 dalam Harbour Mall, macam shopping complex yang ada kat KL je...lepas tu kami pun pergi balik ke Sandakan Central Market untuk shopping lagi..



Tengah pilih kasut kat Sandakan Central Market




Anak aku dapat anak patung baru lagi, Mak Tok dan Tok Wan dia belanja...hihi...


Waktu teman ahli keluarga aku shopping2 tu aku sempatlah interview dan bersembang2 dgn penjual yang memang asal orang Sandakan ni...mereka memang peramah, mereka tengok gaya kita pun mereka dah tau yang kita ni orang semenanjung...lepas tu dekat2 petang, kami pun balik hotel balik...berehat jap...sebelum turun balik ambik angin laut...




Macam2 ado kat tingkat bawah Sandakan Central Market ni



Tu dia bertimbun2


Dan naik kat hotel tu aku pun pergilah ronda2 dalam hotel tu nak tengok kolam renang dia...memang cantek beb...tak rugi datang hotel ni...tapi aku tak pergi mandi kat sini...tengok2 je...huhu




Pintu keluar ke swimming pool Four Point Sandakan by Sheraton, memang ekslusif hotel ni



Canteknya...memang seperti yang diiklanlan dalam agoda.com


Anak aku pulak duk mintak2 nak pergi Harbour Mall balik nak main mainan inflatable...aku pun bawaklah dia pergi main kat sana ditemani Tok Wan dia skali...Anak aku ni pergi melancong waktu ngan datuk dan nenek dia memang macam2 dia mintak...mintak itu la..mintak ini la...banyak yang dapat pulak tu...maklumlah cucu kesayangan...hehehe...



Dapat main inflatable kat Harbour Mall Sandakan ni baru seronok




Angin sepoi2 bertiup kat tepi laut ni



Lepas tu kami lepak kat gerai tepi laut kat sane sehingga selesai makan malam....malam ni adalah malam terakhir kami di Sandakan...walaupun santai tapi penuh bermakna percutian ni...boleh rehatkan minda...dan yang paling seronok skali aku dapat bawak Mak dan Ayah Mertua dan Mak Mertua melawat tempat orang di kepulauan Borneo ni...Syukur atas rezeki yang ALLAH SWT beri...



Dapat mainan baru pulak...Tok Wan dia belanja pulak...huhu



Sebelum makan malam


Saksikan video kami :






Bersambung nanti....

Saturday, August 17, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 2

Kami semua rasa segar dan nyaman selepas berehat semalaman di bilik hotel ni, kami breakfast dengan roti2 yang kami bawa je pagi ni...lepas tu kami pun bersiap untuk berjalan2 cari makan...so kami pergi kat kaunter pertanyaan kat lobi hotel dan mintak diorang panggil teksi untuk bawa kami ke tempat makan yang best2 tapi yang dekat2 je atas faktor keselamatan ekoran pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna...



Bilik deluxe twin bed



Bilik deluxe king bed


Rombongan berangkat turun dari hotel



Pulau Berhala, bentuk seperti jenazah lelaki



Bentuk seperti jenazah perempuan



Dekat kawasan perkampungan air Sim Sim


Pemandu teksi yang bawa kami memang peramah dan juga secara tak langsung jadi tour guide kami, macam2 dia cerita pasal Sandakan ni...memang bestlah...



Kedai Ikan Bakar Pasar Sim Sim, itu adalah tauke dia


Selepas berbincang dengan pemandu teksi, akhirnya kami dibawa ke Sim Sim, aku pun dah lupa apa diorang panggil tempat tu, makanan seafood kat perkampungan air, tapi kami terpaksa cari kedai makan kat tempat lain sebab kedai seafood Cina tu tak ade tanda halallah...so kami kol balik pemandu teksi tu, kali ni dia bawa van sebab kami ramai...kekekeke...lepas tu dia bawak kami makan di Ikan Bakar Pasar Sim Sim, memang banyak ikan bakar, semua kedai Melayu...sedap dan murah sangat makan kat sini...lebih kurang rm76 je kami makan 6 orang kami...pergghhh murah tu...siap lebih tu dan kami tapau wat balik hotel...kekekeke...




Berbagai2 menu pilihan



Sempat lagi snap...kekekeke


Selesai menjamu selera



Anak aku merajuk pulak dah....hehehe



Nasib Tok Wan dia pujuk



Naik van plak kali ni...



Kat depan Sandakan Central Market


Selepas selesai menjamu selera, kami pun di bawa ke Sandakan Central Market, betul2 sebelah hotel kami Four Point Sandakan by Sheraton...macam2la wife and mak dan mentua aku berborong...barangan dia lebih kurang macam kat Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu, Kelantan ataupun Pekan Rabu kat Alor Setar, Kedah. Lama jugaklah masa dihabiskan kat sini...pergghh penat giler beb....




Antara baju yang dijual di Sandakan Central Market



Mak Tok dia belikan anak patung, seronoklah dia...huhu..




Bergambar kenangan  kat depan hotel lepas shopping kat Sandakan Central Market



Pastu kami balik hotel jap untuk berehat sambil membelek2 barangan yang dibeli, dekat petang skit aku pun ronda2 kat kawasan sekitar hotel, kedudukan hotel ni dekat kawasan tumpuan di tepi laut memang cukup menarik, jauh gakla aku menapak berjalan2 untuk meronda...



Pemandangan dari hotel



Pemandangan dari bilik hotel kami




Bergambar berhampiran hotel

Four Points Sandakan by Sheraton


Bersama anak tersayang

Bergambar kenangan





Malam tu, kami makan malam dekat gerai tepi laut berhampiran Genting Mas Mall...


Ini videonya:






Bersambung nanti....




Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.