Wednesday, April 27, 2016

Bercuti di Pulau Pinang April 2016 Day 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, kali ni aku nak share trip percutian kami ke Penang selama 2 hari 1 malam pada 2hb April 2016 lepas, yang sebenarnya tujuan utama aku ke Penang ni adalah untuk menghadiri kenduri kahwin ahli keluarga angkat aku di sana..jadi sambil-sambil tu aku pun plan untuk ronda-ronda Penang terus la..hehehe..bak orang kata menyelam sambil minum air..huhuhu...

Kalau nak diikutkan aku pernah tinggal belajar dan kerja kat Penang selama lebih kurang 7 tahun, tapi ada jugak tempat2 yang aku tak pernah sampai..maklumlah waktu tu semangat nak travel ni tak muncul lagi..hehehe.. So trip kali ni macam trip mengingat kembali kenangan lama disamping explore tempat baru..huhuhu..

Oleh kerana dah dijemput awal-awal lagi ke majlis kenduri kahwin tu, jadi pada bulan Januari 2016 aku dah survey2 tiket filght untuk ke Penang tu..cari punya cari..Alhamdulillah dapat jugak grab tiket Malaysia Airlines yang tengah buat promo waktu tu..Anggaran purata tiket lebih kurang RM100 pergi balik untuk seorang..boleh kira murah jugaklah tu sebab naik MAS..kali ni wife aku tak dapat follow sebab komitmen kerja..so aku fly berdua jelah dengan anak aku..hehehe..


Keratan email yang memaparkan harga tiket dan itinerary flight


Manakala untuk tempat penginapan pula aku dah booked Hotel Continental Penang melalui Agoda.com. Macam biasalah walaupun hari2 duk tengok iklan Trivago kat tv, tapi aku masih lagi setia dengan Agoda sebab kelebihannya adalah Agoda memberi ganjaran reward point yang boleh dikumpul dan kemudiannya boleh redeem hotel. Aku rasa dah 5 kali dah aku redeem hotel kat Agoda ni..Alhamdulillah..

Dan untuk pengangkutan di Penang tu, ada dah deal dengan kawan aku di sana dan dia berjanji untuk bawa kami jalan-jalan di Penang..jadi macam 3 in 1 jugaklah (kenduri+cuti-cuti+jumpa kawan lama)..oleh kerana ianya hanyalah percutian domestik sahaja, jadi aku takdelah buat 
preparation macam untuk ke oversea seperti kena study macam2..kira senang sikitlah trip domestic berbanding trip oversea..lagipun dah banyak kali dah aku sampai kat Penang ni..tak larat sangatlah..yang penting ada tiket flight dan hotel sahaja..

Okay aku mulakan cerita kembara kami ke Penang tu, oleh kerana flight ke Penang adalah pada jam 11.20 pagi, jadi kami tak lah rushing sangat untuk ke airport, walau bagaimanapun aku tetap sampai awal kat airport, lebih kurang dekat pukul 10.00 pagi kami dah ada terpacak kat KLIA airport dah ..ekekeke.. tiket MAS ni boleh check in 2 hari sebelum berlepas..kalau Air Asia 14 sebelum berlepas dah boleh check in dah..



Dekat pintu masuk balai berlepas


Macam biasalah bab yang paling leceh adalah waktu pemeriksaan keselamatan, tali pinggang nak kena bukak dan macam2 lagi lah..tapi yang ni lah paling penting untuk nyawa kita semua waktu dalam penerbangan nanti..so redha jelah kena check macam2..yang penting masuk awal, kalau lambat dan waktu tu pulak tiba2 orang ramai memang masalah akan timbul...tambah2 lagi kalau polis tu suruh bukak beg sebab ada suspicious item lagi leceh..dah beberapa kali dah aku kena bukak beg..jadi pastikan pakaian kat dalam beg tu dilipat dengan elok..kalau kena bukak polis tu tengok pakaian tersusun je..barulah tak malu..huhuhu..biasanya wife aku yang tolong susunkan pakaian dalam beg ni..kalau harap aku sorang mau aku campak dalam beg macam tu je..huahuahua..




Sempat lagi nak beli mainan


Beli jelah sebab dah janji kalau dapat result periksa okay boleh beli benda yang dia nak..motivasi untuk anak2..


Seronoklah dapat mainan


Tempat menunggu sebelum boarding

Dah boarding dah

Kalau selalu naik Air Asia pastu tiba2 dapat naik MAS rasa macam lain je..memang dapat rasa yang MAS ni service dia tiptop dari segi layanan mesra cabin crew nya dan design dalaman dan luaran kapal sendiri..lagi satu legroom dia lebih luas berbanding Air Asia dan ada skrin tv kat seat pulak tu..tapi aku rasa masih ada lagi kapal MAS Boeing 737-800 yang guna livery lama yang masih tak ada skrin tv..


Tapi memanglah tak boleh nak bandinglah low cost airline dan premium airlines kan..hehehe..




Design dalaman kapal terbang MAS


Terima kasih MAS kerana mengutamakan keselamatan kami semua


Dah sedia untuk berlepas

Rasanya inilah kapal Boeing 747 yang kecoh dalam paper sebab ownernya parking lama giler kat KLIA


Tak lama kemudian selepas layan video yang memaparkan arahan keselamatan, kapal terbang ni pun take off dengan smoothnya..




Baru take off..boleh nampak train ERL kat bawah tu..



Waktu ni berjerebu sikit


Layan mainan dulu..hihihi..

Lebih kurang selepas 20 minit penerbangan, kami dijamu dengan kacang dan minuman..kalau penerbangan kurang dari sejam memang Malaysia Airlines tidak menyediakan makanan untuk kelas ekonomi..




Malaysia Airlines kebanggaan rakyat Malaysia terbang tinggi di awangan


Selfie lagi..huahuahua..

Walaupun dalam aircraft MAS 737-800 ni ada menyediakan screen untuk entertainment seperti movie..tapi minat aku tetap pada paparan map kapal terbang..puas dapat tahu kedudukan kita di mana sekarang ni..sepanjang flight tu aku duk tengok map tu je..tak rasa bosan pun..huahuahua..







Duk layan paparan map ni je...tak rasa jemu pun..hehehe.









Apa pun tak nampak..


Okay dah nak sampai dah..





Alhamdulillah penerbangan pun smooth tanpa sebarang turbulence, sambil2 tengok pemandangan dari kapal terbang..dengan awan yang berkepul2, lautan yang luas, gunung ganang...wow indah betul ciptaan ALLAH SWT..tak jemu aku duk tengok bentuk muka bumi yg indah ni..

Tak lama kemudian, kapal terbang MAS ni dah sedia untuk mendarat..jom layan beberapa keping gambar sebelum ia mendarat..






Ada beberapa pulau kecil sebelum sampai di Pulau Pinang


Dah masuk dalam kawasan Pulau Pinang

Setelah hampir sejam penerbangan, maka kami telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.




Alhamdulillah dan selamat mendarat di Penang International Airport


You're Welcome Malaysia Airlines!


Dah boleh nampak tulisan signage Penang International Airport






Berjiran dengan kapal terbang Air Asia




Semua dah ready nak keluar dah..hehehe..

Memang puas hati dapat naik penerbangan Malaysia Airlines ni..boleh bagi 5 star dekat services yang diberikan..Penang International Airport ni cantik jugak, boleh dikatakan luaslah jugak..yela airport ni ada penerbangan antarabangsa..



Berselfie dulu sejurus tiba di Penang International Airport


Inilah aircraft MAS Boeing 737-800 yang kami naiki tadi..

Walaupun kawan aku nak ambik kami nanti, tapi saje lah aku pergi tanya harga perkhidmatan teksi macam mana, boleh tahan jugak harganya..kiranya harganya standard teksi airportlah..huhuhu..



Kaunter teksi di balai ketibaan di tingkat bawah


Senarai harga teksi yang aku sempat snap


Senarai harga teksi dari Penang International Airport

Bergambar dulu kat luar Penang International Airport, Bayan Lepas


Tak lama kemudian kawan aku pun sampai, so kami terus ke Batu Maung untuk menghadiri majlis kenduri kahwin keluarga angkat aku..



Bersama best friend aku yang akan menemani kami ronda-ronda Penang dalam 2 hari ni


Welcome to Penang!

Untuk ke Batu Maung kena lalu kawasan hujung landasan..petang2 ramai yang lepak kat sini tengok kapal terbang mendarat..

Lebih kurang 10 minit kemudian, kami pun sampai ke tempat majlis kenduri kahwin di Batu Maung..memang meriah betul kendurinya..jadi kiranya kami lunch kat sini lah hari ni..hehehe..



Majlis kenduri kahwin di Batu Maung, Penang








Menjamu selera di majlis kenduri kahwin di Batu Maung, Penang




Bergambar dengan keluarga angkat di Batu Maung, Penang


Bergambar dengan Mak Angkat aku di Batu Maung, Penang


Bergambar dengan bapa pengantin perempuan


Kenduri yang dibuat di dalaman kawasan Sekolah Kebangsaan Batu Maung

Dah selesai majlis kenduri, kami pun terus ke George Town untuk check in di Hotel Continental Penang yang terletak di Penang Road ni..Sebelum bertolak ke George Town tu, aku sempat call dulu Hotel Continental Penang tu untuk tanya pasal booking kami, staff di sana mengesahkan yang booking aku dah ada, nasib baik aku call dulu, diorang cakap kena bayar deposit rm150..aku tanya kalau tak nak bayar deposit takpe ke sebab aku tak nak guna apa-apa dalam bilik tu seperti minibar ? Diorang cakap memang kena bayar jugak..masa check out baru refund balik..aiyya lari bajet woo..



Menghala ke George Town


Baik hati betullah kawan aku ni..memang aku rasa terharu dengan kesudiannya membawa kami jalan2 di Penang ni..


4 lane tu jalan dia..luas jugak jalannya menghala ke George Town..
Jalan dah mula sesak sebaik sahaja sampai di kawasan George Town, Penang



Tak lama selepas tu, kami pun sampai di Hotel Continental Penang kat Penang Road..Lepas tu terus check in..Proses check in berjalan dengan lancar cuma kena bayar deposit RM150 je..Layanan staff Hotel Continental Penang ni okay dan mesra..hehehe..


Macam biasalah masa check in tu aku request untuk duduk kat tingkat atas, Alhamdulillah dapat tingkat 10, aku mintak bilik view yang boleh tengok bangunan Komtar, diorang kata tak dapat nak bagi view Komtar, diorang hanya boleh bagi bilik view laut..wow kira okaylah tu..best jugak dapat tengok laut..



Berselfie dengan staff Hotel Continental Penang

Lepas check in aku keluar dari hotel untuk pergi parking kereta, tiba2 ada orang tegur aku dengan panggil nama singkatan aku, aku tenung muka2 dia serius aku tak pernah kenal dia ni, aku tanya siapa dia ni?Pernah jumpa dia kat mana? Dia duk tanya aku balik takkan tak kenal dia kot, aku cakap memang serius aku tak kenal dia..lama2 dia tanya nama hujung aku, aku sebut lain, pastu dia cakap sorilah mungkin salah orang..kadang2 risau jugak takut scammer je..


Kat sini aku nak share satu cerita..Kawan aku pernah cerita tentang abang dia terkena dengan scammer kat luar hotel di Kuching, Sarawak..modus operandi dia akan ada orang tanya pengunjung hotel tu samada nak beli ikan terubok masin ke tak? Waktu tu kebetulan abang kawan aku memang tengah cari ikan terubok masin, jadi dia pergilah ikut orang tu, tiba2 orang tu cakap yang dia nak jumpa boss dia dalam bilik hotel lain kat atas, so abang kawan aku ikut je, dah masuk bilik tu, diorang tutup pintu, dan tiba2 ada ramai orang datang berjudi kat bilik tu dan last2 sekali diorang buat2 rugi dan minta duit dari abang kawan aku, nasiblah dia cerdik, dia cakap kena pergi ambik duit kat atm dulu..sampai dekat atm apalagi dia terus lari, nasiblah diorang tak ikut ramai2 masa kat kat atm tu. So beringatlah ye kawan-kawan..



Bergambar kat parking kereta Hotel Continental Penang

Bilik kami adalah size superior twin tapi agak sempit sedikit, tapi selesa juga biliknya..lagi satu dengan kedudukan Hotel Continental ni di Penang Road ni, ianya agak strategik kerana banyak restoran2 dan kedai2 ada berhampirannya. Bangunan Komtar juga tak jauh dari Hotel Continental Penang yang jauhnya lebih kurang 1km je..

Hotel Continental Penang ini hanyalah bertaraf 3 bintang, so tak bolehlah nak expect yang lebih2..aku rasa sesuailah dengan taraf hotel ni dengan biliknya dan harganya..




Bilik yang selesa..Superior Twin Hotel Continental Penang




Berada tingkat 10 dengan nampak view laut yang indah pulak tu..walaupun terlindung sedikit dengan beberapa bangunan2....tapi boleh lagi nampak kapal2 dan cruise yang lalu di kawasan laut tu...pergghh memang marvellous dapat bilik ni..



View dari bilik hotel..boleh nampak laut walaupun Hotel Continental ni bukan berada betul2 di tepi laut


Walau bagaimanapun tak macam waktu kami menginap kat Hotel Four Point by Sheraton di Sandakan, view lautnya puas hati..tanpa ada apa yang block view laut dari bilik hotel..memang payah nak dapat bilik macam ni.. 



Kawan aku sedang menikmati permandangan dari bilik hotel

Satu je yang tak berapa best dengan hotel ni, diorang tak sediakan ubat gigi..so aku kena pergi beli ubat gigi kat kedai runcit kat luar..



Tandas bilik hotel


Bilik mandi bilik hotel






Lepas tu kami berehat kejap, bagi hilang penat dulu..maklumlah cuaca sekarang agak panas, kena sejuk aircond hotel ni rasa nyaman je..bolehlah cas tenaga kejap sebelum keluar ke tempat lain pulak lepas ni..hehehe..

Dah selesai mengecas tenaga sampai waktu petang, maka kami pun keluar lagi untuk ke Padang Kota Lama yang tak berapa jauh dari Hotel Continental Penang ni yang jaraknya lebih kurang 2km..bolehlah kalau nak lepak tepi laut waktu petang ni dan tak lah panas sangat..sambil2 rasa angin laut..hehehe..



Bersedia untuk turun ke bawah dan ke Padang Kota Lama


Peta yang menunjukkan Hotel Continenal Penang ke Padang Kota Lama


On the way Padang Kota Lama, sambil melalui bangunan lama yang bersejarah


Wajah-wajah ceria selepas dapat berehat dalam bilik hotel


Keadaan lalu lintas menghala ke Padang Kota Lama


Dah nak sampai Padang Kota Lama

Waktu muda2 dulu selalu aku lepak kat Padang Kota Lama dengan wife aku, kali ni kawan aku bawak kami ke sini pulak..terima kasih banyak wahai kawan..Sampai2 tu kami terus ke Medan Renong untuk minum2 maklumlah sekarang ni kan musim panas El Nino..Dapat membasahkan tekak kat sini rasa lega je..Tapi yang aku perasan minuman dan makanankat sini agak mahal sikit berbanding di KL..maklumlah tempat ni kan tempat tumpuan pelancong..aku pun lupa nak catat berapa harga yang aku kena charged.

Seingat aku waktu aku duduk kat Penang dulu, makanan kat Penang memang lagi mahal dari KL..jadi tak hairanlah sekarang pun makanan dan minuman still lagi mahal dari KL..ekekeke..


Bergambar dulu di Padang Kota Lama sebaik sahaja sampai di sini

Medan Renong, Padang Kota Lama


Bergambar di Medan Renong, Padang Kota Lama


Kat tepi laut je kami menjamu selera..memang best..rasa nak datang lagi kat sini..
Suasana di Medan Renong, Padang Kota Lama, Penang


Dah selesai makan dan minum kat Medan Renong tu, kami pun pergi lepak tempat orang ramai bersantai di tepi laut tu, boleh nampak Butterworth di seberang laut sana kalau lepak kat Padang Kota Lama ni..best jugak lepak kat sini sambil teman anak aku main "giant bubble"...huhuhu..


Signage Medan Renong, Padang Kota Lama

Lepak tepi laut..boleh bersantai di tepi laut atas tembok..






Anak aku duk sibut main giant bubble


Memang best dapat luang masa dengan anak..


Aku pun test jugaklah main giant bubble ni





Lama jugaklah aku duk teman anak aku main giant bubble ni, kawan aku sampai boring duk menunggu..huhuhu..tapi dia layan kan jelah maklumlah kami tengah mood bercuti..huahuahua..




Kelihatan Butterworth di seberang laut sana





Bergambar kenangan dengan best friend aku waktu kerja di Penang dulu

Tak lama kemudian sebelum matahari terbenam, kami pun balik ke hotel untuk berehat..kalau boleh aku pun tak nak dah duk jalan2 pusing sampai tak rehat langsung..tak nak dah duk terkejar-kejar..aku redha je tempat mana yang sempat sampai..tujuan utama adalah untuk rehat dah tujuan kedua untuk berjalan2..jadi utamakan tujuan utama dulu..hehehe..


Kelihatan bangunan Hotel Continental Penang


Dah parking kereta dekat Hotel Continental Penang ni, tak sangka pulak ada tempat boleh tengok permandangan sekitar hotel ni..boleh lah tengok gelagat orang lain dan kenderaan lalu lalang..

Jika diperhatikan memang ramai tourist terutamanya orang putih yang melawat Pulau Pinang ni.. Tak hairan lah jika ramai pelancong yang jadikan Penang ni sebagai tempat tinggal selepas mereka bersara..




Kelihatan Penang Hop-On Hop-Off bus dari kawasan parking hotel


Masa kat bilik hotel tu sempat lagi aku google untuk cari restoran terkenal di sekitar kawasan hotel ni..google punya google..akhirnya kami memilih untuk makan malam di Hameediyah Restaurant yang terletak di Lebuh Campbell yang kedudukannya tak berapa jauh dari Hotel Continental Penang yang jaraknya lebih kurang 500 meter sahaja..kami pergi ke sana dengan berjalan kaki je sambil merasa suasana malam di Penang ni..


Dah sedia untuk keluar





Dalam perjalanan ke Hameediyah Restaurant tu, kami sempatlah bergambar di sepanjang Penang Road tu..gaya macam pelancong luar pulak..ekekeke..




Suasana malam di Penang Road


Bergambar di Penang Road


Berlatar belakangkan Cititel Hotel

Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak Hameediyah Restaurant ni, nasib baiklah masih buka lagi..waktu sampai tu kalau tak silap aku dah nak dekat pukul 9.00 pm dah..




Hameediyah Restaurant


Selfie kejap..hehehe..



Keadaan dalam Hameediyah Restaurant

Kawan aku tengah order makanan dan minuman







Yang uniknya di Hameediyah Restaurant kami order di lot kedai lain tapi makan di lot kedai lain yang terletak di selang beberapa kedai, rupa2nya mereka ada 2 lot kedai..




Kat lot kedai ni lah kami menjamu selera iaitu di tingkat atas, ada tulisan suruh pesan kat kedai sebelah..hehehe.

Masakannya juga boleh tahan sedap jugak patutla Hameediyah Restaurant ni terkenal..Keadaan kedainya pun selesa untuk kita menjamu selera..memang boleh recommend Hameediyah Restaurant ni..


Dah sedia untuk makan malam di Hameediyah Restaurant


Tengah menjamu selera


Lepas selesai menjamu selera kami pun beransur dan balik hotel dengan berjalan kaki sambil menikmati angin malam dan suasana di sekitar Penang Road ni..sambil2 tu kami tak lupa untuk bergambar lagi..hehehe..



Bergambar dengan berlatar belakangkan pintu gerbang Lebuh Campbell


Kat depan Hotel Continental Penang, berlatar belakangkan hotel mewah Eastern and Oriental Hotel


Berlatar belakangkan Hotel Cititel dan Hotel Malaysia






Dah sampai kat hotel tu, sempat jugaklah lepak2 santai kat lobi Hotel Continental Penang, rugilah kalau dah bayar mahal-mahal bilik hotel ni tapi tak pergi lepak di lobi atau kawasan2 yang boleh pergi..rasa chill out dan santai..hilang stress kerja sekejap..hehehe..




Kat lobi Hotel Continental Penang





Tak lama kemudian kami pun naik ke bilik hotel, tengok tv kejap dan kami pun zZzZzZ.. Bersambung untuk hari kedua selepas ini..


Saksikan video kami di hari pertama di Penang ni :-




4 comments:

  1. Next time if you come to Penang..Jom Nasi kandar there!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  3. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.