Saturday, March 28, 2015

Bercuti di Genting Highland Mac 2015 Day 1

Salam semua, kali ni aku nak bercerita berkenaan percutian aku dan keluarga ke Genting Highland pada 15hb Mac 2015 lepas selama semalaman sahaja, sepatutnya kami menginap selama 2 malam di sana iaitu di First World Hotel, tetapi disebabkan berlaku kecemasan di kampung, kami terpaksa menamatkan percutian kami awal..

Pada mulanya kami ingin bercuti di Cameron Highland, tetapi hotel di Cameron Highland waktu tu macam mahallah pulak..tiba2 aku try cek hotel kat Highland murah pulak..waktu tu Agoda.com buat promo RM50 semalam..so aku ambiklah 1 bilik selama dua malam..macam biasalah aku booked melalui Agoda.com..

Selang beberapa minggu kemudian, aku booked satu lagi bilik di First World Hotel juga melalui Agoda.com untuk keluarga mertua aku...waktu ni harga pun dah melambung naik RM115 semalam..Sebelum pergi tu macam biasalah aku verify dulu dengan pihak hotel, manelah tau booking aku tak sampai kat sana..

Aku juga dah booked indoor games secara online dalam lawan web Genting Highland..

Walaupun sekarang ni outdoor games di Genting Highland ditutup untuk pembinaan 20th Century Fox World, tapi sajelah kami nak merasa udara nyaman di Genting Highland ni..orang kata merehatkan minda..kekeke...




Coming soon..20th Century Fox World di Genting Highland



Gambar lukisan bagi 20th Century Fox World yang akan dibuka pada tahun 2016



Perjalanan mendaki bukit untuk ke Genting Highland ni memang mencabar jugak..aku berhenti rehat sekejap sebab terbau macam benda hangit dari enjin..tapi tak taulah dari kereta aku atau kereta depan...takpelah janji rest dulu...

Masa dah sampai di puncak ni tengok keadaan berkabus je..perghhh..nyamannya udara dia..sejukkk..waktu ni tak payah bukak aircond..memang bestlah...



Berkabus je kat atas Genting Highland ni..permandangan daripada First World Hotel..


 Kat atas tu pening jugaklah nak mencari tempat parking di First World Hotel ni, dan lepas parking, nak cari tempat check in bilik pun pening..terpusing2 kami dibuatnya..Masa tengok tempat check in ni aku terkejut sebab ramai giler orang kat lobi hotel ni..untuk check in pun kena ambik nombor..tak pernah2 lagi aku check in hotel pakai nombor..



Tingkat2 di First World Hotel ni

Aku terpaksa menunggu lebih kurang 4 jam untuk mendapatkan 2 bilik yang ada connecting room..memang masa terbuang ketika check in je..harap pihak First World Hotel dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya mereka yang menginap tak tersadai di lobi dalam tempoh yang lama...

Untuk maklumat semua, buat masa ni First World Hotel adalah hotel yang ketiga terbesar didunia dengan kapasiti bilik sebanyak 6118 buah bilik..aku diberitahu oleh staff check in tu yang First World Hotel ni tengah bina sebuah blok lagi..lepas ni bilik kat sini menjadi lebih kurang sebanyak 10 000 buah bilik...pergghhh banyak giler!!!




Kaunter check in..


Penuh orang duk check in


No kaunter...berpuluh2 kaunter check in kat First World Hotel ni..dahsyat betullah


Sebenarnya kalau tak nak duduk dekat connecting room mungkin taklah lama menunggu..sebab kita boleh check in dekat mesin je..tapi disebabkan kami nak connecting room, terpaksalah check in di kaunter..hehehe..



Bergambar lah kejap sementara menunggu giliran..ekekeke..


Ramai menunggu untuk check in..macam dekat hospital je kena tunggu..tapi yang letihnya sebab bawa beg banyak ni..


Sementara menunggu nombor giliran tu, kami makanlah sikit2 bekalan makanan yang kami bawa dari rumah..lepas tu wife aku pergilah beli air..terkejut dengan harga dia lebih kurang RM7 segelas..perghhh mahal giler..kalau siapa2 nak ke Genting Highland jangan lupa untuk menyiapkan bekalan makanan banyak2..mahal sangat kat sini..macam dah kat oversea dah..kekeke..



Tunggu sambil makan2...


Di pintu masuk lobi First World Hotel


Inilah nombor giliran kami


Dah nak sampai dah


Antara yang dipamerkan di bahagian lobi..


First World Hotel Genting Highland

Lepas check in tu, hanya sebuah bilik je yang siap..bilik sebelah connecting room tak siap lagi..jadi staff Genting Highland suruh kami berehat dekat satu bilik dulu sementara menunggu bilik satu lagi siap...lepas naik tu bilik dia taklah besar sangat, kalau nak sumbat kami semua dalam satu bilik ni mau sendat dibuatnya..

Lepas tu kena turun lagi untuk check in bilik yang satu lagi..perghhh penat betullah check in ni...lebih kurang 4 jam jugaklah baru dapat dua2 bilik ni..Alhamdulillah selesai dah...



Walaupun biliknya tak luas tapi bersih dan selesa


Tandas


Bilik mandi


Pintu connecting room

Dalam masa menunggu bilik tadi, aku sempatlah keluar dari bangunan hotel ni untuk mengukur suhu kat atas Genting Highland ni...waktu tu hujan renyai-renyai..suhu paling rendah yang berjaya dicatatkan adalah 22.3'C lebih kurang pukul 4.00pm..sejuk tuuu...


Suhu yang berjaya dicatatkan oleh digital thermometer buatan China aku ni..hehehe..


Belakang Genting Grand Hotel


Kalau tak silap aku itu dibelakang aku adalah bangunan Maxim Hotel


Memang kat sini ni tengah rancak pembinaan 20th Century Fox World, aktiviti outdoor sangat terhad, banyak masa dihabiskan dalam bangunan...walaupun terpusing2 untuk mencari jalan keluar dari bangunan, namun akhirnya berjaya jugak keluar dari bangunan-bangunan di Genting Highland ni..yela aku datang sinipun untuk merasai angin sejuk...kekeke..



First World Hotel


Mungkin yang ni tapak 20th Century Fox World


Berkabus je..


Pembinaan secara besar-besaran


Depan Genting Grand Hotel


Depan Maxims Hotel
Kalau siapa kata Genting Highland tak sejuk, tak boleh percaya dah..memang sejuk tuu..tak berpeluh langsung waktu duk kat Genting Highland ni...perghhh memang tak sabar betul untuk tunggu 20th Century Fox World ni siap...tapi tak tahulah berapa harga tiket dia nanti..



Kelihatan block baru First World Hotel macam dah nak siap


Bergambarlah kejap...kekeke...


Bergambar sorang je..yang lain semua tengah berehat dalam bilik..


Ada tempat untuk bersantai-santai kat depan Genting Grand Hotel ni..


Lepas puas lepak2 kat luar sorang2 ni..aku pun masuk bilik hotel untuk bersiap2 bagi makan malam..

Kami menjamu selera di Lobby Cafe, First World Hotel yang terletak di lobi hotel ni..tapi makanannya semua mahal-mahal belaka..boleh tengoklah menu dia yang aku snapped...tapi masakan dia sedap...macam nilah kalau bercuti..mesti keluar duit punya..kekeke..

Lepas selesai makan kat sini, aku pun pergi survey harga2 makanan kat restoran lain..semuanya lebih kurang je harga..mahal2 belaka...kekeke..




Senarai harga makanan


Mahal tak? kekeke..


Lobby Cafe restoran yang selesa..


Jemput makan semua!

Lepas makan malam, sekali lagi aku keluar dari bangunan untuk menghirup udara segar, kali ni suhu dah jatuh kepada 19.6'C..memang sejuk betul waktu ni..pastu suhu yang dicatatkan pada skrin besar kat depan Grand Genting Hotel juga menunjukkan suhu waktu itu adalah 19'C..wow kira boleh dikatakan tepat jugaklah digital thermometer buatan China aku punya ni..perghhh...hebat2...



Suhu yang dicatatkan oleh digital thermometer aku pada jam lebih kurang 10pm


Suhu dicatatkan serendah 19'C pada skrin besar depan Genting Grand Hotel


Skrin besar depan Genting Grand Hotel dari pandangan jauh..

Best jugak lepak kat luar ni..dengan sejuknya...dengan berkabusnya...perghhh...indahnya waktu ni...nyaman betullah...tenang je jiwa ni...dengan angin sepoi2 bahasa...



Tengah mendengar cerita dari Pak Mertua aku..


Depan Genting Grand Hotel


Yang ni macam murah sikit tapi tak tahulah Halal ke tidak..


Landskap dalam bangunan..

Lebih kurang jam 11.00 pm, aku pun masuk tidor kat bilik hotel...perghhh penat jugak rasanya... tidur nyenyak sampai besok pagi...kekeke...

Tetapi lebih kurang waktu Subuh keesokannya, kami dapat panggilan kecemasan dari kampung..so kami terpaksa bergegas awal untuk ke kampung...

Nanti ada masa kami akan kembali ke sini...InsyaALLAH..

Sekian sahajalah perkongsian kami tentang Genting Highland..jumpa lagi di lain masa..


Saksikan video percutian kami di Genting Highland ini :-







Sekian..terima kasih..

28 comments:

  1. Thank you for sharing. Bercadang nak ke sana soon.😀

    ReplyDelete
  2. sy dah lama x kesana.. teringgin juga nak tido. tapi orang cakap hotel first world ni berhantu... selamat x rasanya.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selamat je..hantu????hehehe.. Benda ghaib ni mmg wujud..Baca je ayat Kursi dan 3 Qul..kalau tak silap saya amalan ni berdasarkan hadis yang sahih bacaan untuk mengelakkan gangguan syaitan..sila rujuk (HR. Bukhari no. 2311) dan (HR. Bukhari no. 5017)

      Delete
    2. thanks.. dah lama tanya tapi esok baru nak pergi.. first world full. kn tido hotel awana resort.. anyway thanks for the info.:)

      Delete
    3. thanks.. dah lama tanya tapi esok baru nak pergi.. first world full. kn tido hotel awana resort.. anyway thanks for the info.:)

      Delete
    4. Okay Welcome2..selamat bercuti..jangan pikir yg benda2 yang menakutkan..holiday mesti mau happy :-)

      Delete
    5. alhamdulillah.. happy sangat pg sane hari tu:)

      Delete
    6. Wow..yeke..Alhamdulillah :-)

      Delete
  3. Parking atas tuh parking first world hotel ke mmg ade tmpat utk parking umum? Bro parking kt parking hotel ke umum?? Bayar x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya parking dalam bangunan First World Hotel..kalau tak silap saya free je..saya pergi parking dulu baru checkin..

      Delete
  4. kalau walk in je kat Hotel 1st World agak2 senang ke susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah saya kalau walk in senang ke susah..tapi kelebihan beli online ni bilik dah confirm ada..risau kalau walk in ni risau bilik penuh je dan harga mungkin mahal..huhu..

      Delete
    2. cuti sekolah jangan walk in
      hari biasa takpa....
      online boleh dpt murah

      Delete
  5. salam.. kalo booked pakai agoda boleh buat payment pakai kat debit tak? kalo kat debit, kat debit apa yg sesuai? Maybank atau Cimb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kad debit pun boleh..saya rasa sama je maybank dan cimb..kalau tak boleh guna..kena call bank tanya kenapa tak boleh, kemungkinan kena aktifkan untuk pembelian online..diharap dapat membantu..tq

      Delete
  6. Bau hangit dri brake pad tu bro, kuat main brake, guna gear rendah kalo turun bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro, tula aritu saya silap teknik..terima kasih sedara :-)

      Delete
  7. Saya baru sahaja pergi genting highland..memang mahal makanan di sana..tapi puas hati kat sana..banyak permainan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..memang best..tp yg tak bestnye semuanya mahal..ekekeke..

      Delete
  8. SALAM, Tumpang tanya. indoor game ada lagi ke? coz, my sis cakap dia pergi krismas hari tu semua closed. tapi ada juga blogger cakap buka. sebab saya ingat nak beli tiket indoor online kalau betul buka. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Waktu saya pergi tu indoor ada, saya dah beli tiket untuk indoor dalam website rwgenting.com, tp disebabkan ada kecemasan kat kampung, tiket indoor saya bagi dekat adik saya dan keluarga untuk guna keesokan harinya..

      Delete
  9. Salam.. boleh tak saudara share no tel first world hotel tu?? Dh booking dlm agoda.com nk call utk kepastian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ini nombor yang ada dalam voucher saya dulu +60327181118..Ok selamat bercuti :-)

      Delete
  10. Hi, dekat situ ada kaunter self check in kan?
    Ada pengangkutan awam tak nak ke First World hotel sebab kami x drive sendiri.. tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kat situ ada kaunter self check in, kami tak pakai self check in tu sebab nak connecting room, kalau guna kaunter self check in bilik dipilih secara automatik..untuk pengangkutan awam mungkin kena guna bas..Ok Selamat bercuti!

      Delete
  11. Macam mana nak book connecting room ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takde option dalam Agoda.com untuk connecting room..dalam Agoda.com saya booking bilik yang sama jenis, kemudian requestconnecting room masa check in di kaunter hotel. Diharap dapat membantu.

      Sekian, terima kasih.

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.