Saturday, November 1, 2014

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 1


Salam semua, kali ini kami kembali lagi dengan percutian ke Kota Kinabalu, Sabah setelah asyik duk kerja2 je kan...huhu...kali ini sekali lagi destinasi kami adalah Kota Kinabalu, Sabah..sebenarnya selepas pergi ke Kota Kinabalu pada tahun 2012 tu..hati ini asyik nak pergi lagi je ke Kota Kinabalu ni..tarikan utamanya adalah seafoodnya yang murah berbanding kat Semenanjung Malaysia..seafood yang paling payah nak dapat kat Semenanjung adalah lobster, mari baca blog aku ni..adakah kami berjaya merasa lobster kat Kota Kinabalu ni ke tidak?..hehe...selamat membaca..

Kami berlepas ke Kota Kinabalu pada 11hb October 2014 dan berada di sana selama 3 hari 2 malam...aku booked Ming Garden Hotel selama 2 malam, sebelum booking tu hampir 2 minggu dah aku duk perhatikan je harga hotel Ming Garden ni kat Agoda.com dan Expedia.com.my..last2 aku dapat harga yang murah kat Expedia.com.my..time tu Expedia bagi macam coupon code..berpuluh ringgit jugaklah harganya jadi murah setelah dimasukkan code tu...cara untuk dapatkan code tu adalah dengan tengok dalam website tu sendiri ataupun dia akan hantar email kat kita sekiranya kita subscribe newsletter pada site Expedia tu...harga semalam untuk bilik superior termasuk breakfast yang kami booked lebih kurang RM218..kira okaylah tu untuk hotel 4 star...huhu..

Walaupun aku dah biasa dengan booking online ni, aku tetap verified jugak dengan pihak hotel ni beberapa hari sebelum berlepas, mana tau takut2 diorang terlepas pandang booking kita kan...Alhamdulillah mereka pun dah terima booking aku melalui Expedia tu...pastu aku pun tanya kena bayar deposit tak? aku tanya boleh tak kalau kami tak nak bayar deposit apa sebab al-maklumlah duit yang kami bawak2 pun cukup2 je...kekeke..pihak hotel cakap okay sebab aku cakap aku tak gunakan perkhidmatan mini bar ke ape ke kat dalam hotel tu...tapi jangan lupa untuk catit nama staff yang kata boleh kalau tak nak bayar deposit bilik hotel tu...

Kali ni kami berlepas pergi dan balik dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines...


Waktu penerbangan pergi dan balik

Berselfie dulu dekat tempat menunggu di KLIA...kekeke...



Sebelum berlepas



Time ni betul2 duduk sebelah sayap...terbatas sikitlah permandangan kat bawah nanti...kekeke..


Penerbangan ke sana mengambil masa lebih kurang selama 2 jam dan 30 minit...layanan dari Malaysia Airlines memang kelas dan selesa..tapi flight ni takde skrin kat tempat seat dia..so aku pun layan diri jela..tido kejap2..dengar lagu kat handset...layan anak aku..dan macam2 lagi la...kekeke...boring jugak woo naik flight 2 jam lebih ni...


Disebabkan kami naik waktu petang, Malaysia Airlines hanya hidangkan roti sandwich je...tapi sedap dan kenyang jugak..kekeke...

Malaysia Airlines lambang kebanggan negara terbang tinggi di atas awangan.



Anak aku duk layan cerita karton...

Masa kami tiba kat Kota Kinabalu tu hari pun dah masuk waktu malam...mendarat pun dalam gelap je...kekeke...Alhamdulillah perjalanan kami semuanya baik dan selamat... Wow teruja jugaklah dapat sampai kat Kota Kinabalu ni...Syukur pada-Mu Ya ALLAH..

2 tahun lepas masa sampai kat sini, kami naik teksi ke hotel, casnya pun lebih kurang RM30..tapi kali ni kawan ambik kami kat airport dan hantar kami terus ke hotel...thanks bro!..kalau naik teksi pun masih lagi RM30 waktu ni...



Sempat bergambar dalam Kota Kinabalu International Airport kat tempat ambik beg


Perjalanan dari airport ke bandar Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 15 minit je, lepas sampai di Ming Garden Hotel kami pun check in, tapi yang agak berdebar adalah tiba2 je diorang mintak deposit pulak, akupun apalagi terus cakap yang aritu aku dah telefon pihak hotel dan bercakap dengan staff sekian2 nama yang mengatakan tak payah bayar deposit kalau tak gunakan mini bar..pastu diorang check dan diorang cakap okay...fuhhh lega beb...

Duit pun cukup2 je kami bawak..kekeke..kalau kena bayar deposit dulu alamatnya tak berjalan manalah kami nanti......memanglah time check out pihak hotel bagi balik deposit tu...tapi dah kira rugilah sebab menggangu pergerakan di Kota Kinabalu ni...pendek kata nasi dah jadi bubur kalau jadi camtu... kepada semua yang nak booking hotel secara online, sila pastikan dulu hotel yang anda booked tu akan mintak deposit atau tidak supaya anda tidak akan menghadapi masalah semasa bercuti nanti...




Memang nice betul Ming Garden hotel ni...semasa check in...


Aku pun nak bergambar jugak...kekeke...


Bergambar bersama kawan kami di lobi Ming Garden Hotel selepas check in...


Kami mintak untuk duduk di tingkat yang paling atas yang masih available..diorang bagi kami duk kat tingkat 9..staff Ming Garden memang boleh dipuji sebab helpful dan mesra dan sentiasa cuba memenuhi kehendak pelanggan..Tahniah pada mereka! Bilik yang kami dapat pun okay, selesa dan puas hati dengan city view...



Anak aku macam biasalah mesti rasmi bilik hotel dengan acara lompat2nya...huhu...



Antara benda yang disediakan di bilik hotel ni..


Puas hati biliknya semacam dengan gambar yang dipaparkan dalam expedia


Lepas letak2 barang kami pun terus bergegas ke Tanjung Aru untuk lepak2 di tepi pantai, tapi apakan daya malam ni semasa dalam perjalanan hujan pun turun, jadi kami tak dapatlah ke tepi pantai, cuma dapat beli jeruk2 yang dijual di Tanjung Aru ni..takpe at least sampai jugak dekat Tanjung Aru ni..hehe...lepas tu kawan kami pun bawak kami makan di Putatan Seafood Restaurant...



Kat Tanjung Aru




Sempat lagi anak aku beli belon Frozen kat Tanjung Aru ni..hehe..


Medan selera di Tanjung Aru ni..

Di Putatan Seafood Restaurant ni kami sempat makan Shark Fin Soup..murah je kat sini..semangkuk besar RM20 je..puas hati makan dapat makan seafood kat sini...harganya pun berpatutan..pasni aku kalau aku pergi Kota Kinabalu lagi ni mesti kena singgah sini lagi...huhu..


Tengah menunggu makanan sampai

Shark Fin soup dalam mangkuk besar


Total semua ni lebih kurang RM80 je...Selamat menjamu selera!

Alhamdulillah...selesai...


Selepas selesai makan malam, kami pun di bawa ke Signal Hill Observatory Platform Bukit Bendera, Kota Kinabalu. Tempat ni adalah tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu di mana kita boleh melihat permandangan bandar Kota Kinabalu dan kadang2 boleh tengok kapal terbang mendarat...memang best datang kat sini...

Bergambar bersama berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu

Bergambar bersama kawan yang bersusah payah untuk bawa kami pusing2 bandar Kota Kinabalu..huhu..


Permandangan Suria Sabah dari Signal Hill Observatory Bukit Bendera Kota Kinabalu


Selfie dulu sebelum balik ke bilik hotel..kekeke...


Selepas itu kawan kami pun hantar kami ke hotel...terima kasih banyak2 wahai kawan...fuhh memang puas hati dan letih...kekeke...lepas tu kami pun berehat..zZzZzZ...


Anak aku sempat lagi nak main mainan waktu ni...huhu...


Boleh saksikan video kami di hari pertama percutian kami ni :-







Bersambung seterus di hari kedua selepas ini...tungguuu...

1 comment:

  1. Assalamualaiku..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’ yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
    Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar Harga yang rendah dan berpatutan,
    sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    email: taxisabahlimo.com
    http//:www.taxisabah.com

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.