Sunday, August 21, 2016

Bercuti di Kuala Lumpur June 2016 Day 2 (Last Day)

Oleh kerana ini adalah bulan puasa maka kami semua bangun awal untuk bersahur pagi ni, kami order pizza yang dimasak di hotel ini dan diorang hantar ke bilik kami..harganya pun memang boleh tahan jugak mahalnya..tapi takpelah sebab ini adalah pengalaman pertama bersahur di bilik hotel dan bukannya selalu dapat bersahur kat hotel ni bersama keluarga..huhuhu..

Lepas dah sahur tu kami tunggu Subuh dulu untuk bersolat dan apabila selesai bersolat Subuh kami pun sambung tidor balik..hehehe..memang kaw2 relaxed kat dalam bilik hotel ni..baru berbaloi dengan harganya..ekekekeke..


Pandangan luar bilik hotel selepas waktu Subuh








Meja study kat bilik hotel yang tak sempat mana nak guna..hehehe..







Anak aku pun bangun awal jugak..hehehe..


Sebelum check out kami hanya rehat dan bersantai dalam bilik je..pergghh memang selesa betul bilik Premier Deluxe Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur ni.. tapi macam biasalah sebelum check out tu..kami akan ambil masa untuk bergambar kenangan dulu sekeluarga..hehehe..












Bergambar bertiga sebelum check out



Sehinggalah tiba waktu check out, tiba2 dalam 3 atau 4 minit sebelum check out, pihak hotel telefon kat bilik bertanya samada nak tambah hari lagi..aku pun jawab kami dah nak keluar dah ni..part ni je yang aku tak best pasal Pacific Regency Hotel ni..tak pernah2 lagi masa nak check out pihak hotel call aku..inilah kali pertama kena call padahal belum pukul 12.00pm lagi..




Bye bye bilik Premier Deluxe ni..kalau ada modal dan masa..InsyaALLAH kami sampai lagi kat sini..







Kat depan bilik kami menginap




Dah sedia untuk check out..ramai pulak orang duk tengah check out ni..ekekeke..






Kasih ibu pada anaknya







Lepas check out tu, duit deposit dipulangkan balik dan kemudiannya kami bergambar kejap kat depan bangunan Pacific Regency Hotel ni sebagai kenang-kenangan..











Bergambar bertiga di depan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur






Sesudah itu kami pun terus ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, memang kena pakai GPS Google Map lah kat Kuala Lumpur ni..hehehe.. agak sesak sikit jalan raya masa kami nak sampai kat Sogo ni maklumlah hari cuti..nak parking pun payah sebab parking kat dalam Sogo ni penuh atau ditutup..so terpusing2 jugaklah nak cari parking lain..buang masa nak dapatkan parking pun hampir sejam..last2 nasib baik kami dapat parking kat dalam bangunan Pertama Complex..aku memang dah nak give up dah..ingat nak terus pergi rumah abang aku kat Bukit Antarabangsa..nasiblab aku cekalkan hati..so bolehlah beli apa2 keperluan raya kat Sogo ni,.

Aku juga ada dapat tahu yang ada di antara orang Sabah dan Sarawak yang sanggup datang ke Jalan Tunku Abdul Rahman ni semata2 untuk shopping raya termasuklah beberapa kenalan aku..jadi kita yang dah duduk berhampiran KL ni rugilah kalau tak datang ke sini waktu musim2 nak raya ni..huhuhu..

Jadi kami pun tak lepaskan peluang ni..tapi pergi kat Sogo jelah..tak larat nak tour sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman memandangkan wife aku tengah sarat mengandung..mungkin next time pulak kami datang sini lagi..ekekeke...



Bangunan Kompleks Sogo yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman









Masuk2 dalam Sogo tu..ramai giler orang..memang selalu macam nilah kot Sogo ni..tak pernah lagi aku sampai kat Sogo pengunjungnya sikit..hehehe..tambah2 ada sales Raya pulak..



Pilih jangan tak pilih...hehehe..

Anak aku sempat lagi nak survey mainan..aiyya woo..








Selepas menghabiskan masa beberapa jam kat sini..kami pun beredar dan ziarah keluarga abang aku kat Bukit Antarabangsa dan kami juga sempat berbuka puasa di sana.

Sekian sahaja cerita singkat kami di Kuala Lumpur ni..walaupun singkat tapi inilah pengalaman pertama kami berbuka puasa bersama di hotel dan menginap hotel 5 star di Kuala Lumpur..memang ianya akan menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga...jumpa lagi di entry yang akan datang..InsyaALLAH..

Saksikan video kami pada hari kedua di Kuala Lumpur :-





0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.