Monday, October 7, 2013

Bercuti di Genting Highland, Pahang June 2013


Salam semua, pada 3rd June 2013 yang lalu, aku sekeluarga telah pergi berjalan2 ke Genting Highland dan kami bermalam semalaman di sana iaitu di Genting View Resort. Memandangkan perancangan kami ke sini adalah last2 minit jadi tak dapatlah nak booking hotel First World Hotel ataupun Theme Park Hotel yang betul2 berada di puncak Genting Highland, semuanya penuh, Genting View Resort ni kat bawah sikit berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia. Kami booked hotel ni melalui agoda.com dan harganya lebih kurang RM250 termasuk tax, tak dapatlah nak dapat murah2 memandangkan last minit punya plan, lagipun waktu ni adalah musim cuti sekolah.

Memang agak excited jugak nak ke Genting Highland ni, maklumlah tak pernah pergi..hehe...kiranya untuk mendaki bukit Genting ni yang ketinggian lebih kurang 1800 meter ni lebih kurang 15km jugak untuk sampai ke puncak kalau aku tak silaplah...kekekeke...Okay lebih kurang 10km kami pun sampai kat Genting View Resort...Waktu sampai kat sana aku rasa udara dia nyaman jugaklah..teruja jugaklah..tapi dah ramai dengar orang kata yang Genting Highland ni dah tak sesejuk macam dulu...jadi kami pun tak bawak sweater or jacketlah...Lepas check in..kami letak barang2 pastu mulalah kami menuju ke puncak Genting Highland ni...mungkin lebih 5km dari tempat penginapan kami...




Acara perasmian lompat atas katil...kekeke...







Katil twin bed





Bilik agak luas tapi kekurangannya air cond tidak disediakan...berpeluh jugaklah tidur tengah malam...


Cehhh...waktu naik bukit tu, kami bukak cermin tak pasang aircond pun...nyaman udaranya...kira sejuk jugaklah Genting Highland...apabila dah sampai dan turun dari kereta kami rasa memang sejuk Genting Highland ni...memang melesetlah kata2 orang yang cakap Genting Highland dah tak sejuk...aku check kat google suhu Genting Highland antara 25'C pada siang hari dan 16'C pada waktu malam...aku rasa suhu dia setanding dengan suhu kat Shanghai waktu aku pergi dulu dalam bulan Oktober 2012 iaitu 16'C-24'C..kira suhu kat Genting Highland ni macam suhu luar negara ketika musim luruh atau musim bunga..

Awan pun dekat je..kadang2 kabus datang...huhu...

Perghhh...sebab sejuk memang syoklah jalan2 kat Genting Highland ni, memang tak berpeluh langsung..kami pulak tak bawak sweater...aduhhh...sejuknya...memang rasa macam duk oversea pulak...kekeke...ada sampai satu masa sebab sejuk punya pasal, kami mengharapkan cahaya matahari supaya dapat memanaskan badan kami...kalau awan tak lindung matahari..perghhh rasa lega giler kena cahaya matahari...memang macam kat oversea dah ni...hehe...berjemur bawah matahari baru rasa lega...kalau kat umah aku wat macam ni mau terbakar dengan kepanasannya..hehe...maknanya suhu di Genting Highland adalah lebih rendah sebanyak 10'C berbanding tempat lain di Malaysia disebabkan ketinggiannya yang hampir 2000 meter.




Dekat je awan tu




Keretapi yang mengelilingi bukit


Perghhh nyamannye...



Berlatar belakangkan bangunan First World Hotel yang berwarna-warni




Haha...gelagat anak tersayang kami...

Lepas parking kereta, kami pun menuju ke Genting Theme Park, tapi sebelum tu kami cari kedai untuk makan dulu...payah jugaklah nak cari yang ada tanda halal..last2 kami makan kat Marrybrown...sedap jugaklah...enjoyyyy..hehe...

Lepas tu kami pun beli tiket untuk masuk ke dalam theme park tu, harga bagi Theme Park 1 Day Unlimited Ride Pass adalah RM54 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak2...kira okaylah berbanding legoland atau universal studios yang beratus2 harga tiket dia...



Lunch kat Marrybrown sebelum masuk ke Theme Park





Anak pun dah besar tak larat nak dukung dah...hehe..




Kat pintu masuk Genting Theme Park

Lepas dah masuk dalam theme park tu, bunyi riuh rendah orang duk main permainan...banyak gaklah permainan yang disediakan untuk kanak2 dan orang dewasa...tapi kami jalan2 je...tak berapa berminat nak main permainan...pastu kami lepak2 sambil menikmati udara yang nyaman...



Ramai yang melepak di bawah matahari...tapi memang tak panas pun..suhu 25'C lah katakan..kekeke...




Ada stage mungkin untuk buat show kot...hehe..





Yang ni aku tak berapa pasti diorang beratur untuk main permainan ape...


Memang penuh dengan pengunjung di musim cuti sekolah ni



Adalah tu yang anak aku berkenan nak beli tu...kekeke..





Perghh..awan hampir menutupi puncak Genting Highland



Bergambar kenangan



Pasti jadi memori terindah



Waktu berada di puncak Genting Highland ni, kelihatan awan2 cepat bergerak..laju berbanding di tempat biasa...ramai jugak yang pakai sweater...elok bawak sweater kalau nak naik Genting Highland ni, masa duk jalan2 tu, aku tengoklah orang duk racing go-kart, free je naik main tu, last2 aku pun pergi jugaklah kat tempat nak naik go-kart, tapi tu dia orang penuh giler beratur, mula2 aku beraturlah jugak, dekat2 setengah tak boleh naik gak, aku pun keluar...frust jugaklah tak leh racing go-kart...hehe

Pastu akupun pergi lepak kat taman, lebih kurang macam hutan jugaklah...bagus jugaklah pihak Genting Highland simpan satu kawasan untuk hutan ni...dahlah udara nyaman duk pulak kat dalam taman ni...perghhh...syahdunya...




Hutan di Genting Highland




Anak aku ronda2 dalam hutan ni


Lepas tuh, aku pun naik atas bukit lagi, aku rasa mungkin bukit ni la yang paling tinggi atas puncak Genting Highland ni, tapi bangunan hotel lagi tinggilah...hehe...Tempat atas bukit ni dipanggil Dinosourland, ada beberapa ekor dinasour kat atas ni, yang bestnyer dinosaur boleh bergerak2, tapi gerak ekor dia je..haha..dan bersuara macam mengaumlah...oleh sebab dinosaur ni menggerakkan ekornya, ia membuatkan anak aku takut...haha..mesti budak2 yang tengok ingat dinosaur ni real....pastu anak sampai kat rumah lebih kurang beberapa hari duk tanya pasal dinosaur tu...maklumlah biasa diorang tengok dalam tv je...kekeke...




Dan nak mendaki tangga ke Dinosaurland




Pandangan dari atas bukit Dinosaurland





Ekor dinosaur ni boleh bergerak2 seolah-olah hidup..haha..





Pandangan dari atas bukit yang lagi tinggi...kecik je orang nampak...




Dinosaur terbang yang tak boleh terbang..hehe...





Bandar yang kelihatan dari puncak Gunung Genting Highland ni, aku rasa bandar tu adalah Kuala Lumpur



Dinosaur ni memang terkenal dalam filem Jurassic Park...kekekeke...



Genting Theme Park Hotel tersergam indah




Di sini juga ada kemudahan surau bagi orang Islam untuk menunaikan solat walaupun suraunya terlalu kecil boleh muat lebih kurang 3 atau orang jemaah je...waktu nak ambik wudhuk tu...perghhh sejuk giler air dia...kalau ada heater kan best...hehe..

Lagi satu yang aku perasan kat sini banyak pengunjung dari luar negara...memang Genting Highland ni berjaya menarik ramai pelancong ke Malaysia...Syabas!









Berehat seketika kat bawah Dinosaurland





Memang macam kat oversea..hehe...




Waktu ni pun dah nak petang dah...






Rumput dia pun cantik dan bersih




Apabila dah masuk waktu petang kami pun bergegas untuk keluar dari theme park ni untuk balik ke hotel, tapi sebelum keluar tu, anak aku pulak nak naik benda yang berpusing2 ni...last2 kami satu family semua naik...kekeke...lawak2..haha...



Apanama dah permainan ni...berpusing2...kekeke..






Enjoy jugaklah naik benda yang berpusing2 ni...hehe...



Lepas tu kami balik ke bilik hotel, sebelum sampai hotel kami singgah kejap kalau tak silap kat Gohtong Jaya untuk beli makanan untuk makan malam, kedai makan pun payah nak jumpa...last2 kami beli maggi je...
Macam kat oversealah pulak makan maggi sebagai makan malam...kekeke..

Tapi satu je yang tak best kat hotel Genting View ni, diorang tak letak aircond, jadi waktu malam kami terpaksa tutup sliding door takut2 binatang macam burung2 masuk..last2 bilik kami jadi panas sebab takde angin masuk...berpeluh kami tidur...aduhhh...lain kali dah boleh ambik dah hotel ni...tak taulah sekarang kot2 diorang dah pasang aircond...

Lepas bangun pagi, kami pun pergi bersarapan kat bawah hotel ni, memang sedap makanan dia...pastu lebih kurang jam 10 pagi kami pun check out dan terus balik ke Nilai. Memang lepas ni aku rasa nak datang lagi kat Genting ni...memang best sebab cuaca dia yang sejuk dan nyaman...



Pandangan dari beranda hotel, kabus tebal melitupi Genting Highland





Baru nak bersarapan pagi





Kat Lobi hotel




Tengah check out




Secara keseluruhannya percutian kami ke Genting Highland selama satu malam ni memang seronok, pendek kata boleh datang lagi selepas ni..huhu...rugi kalau siapa2 yang duduk dekat Kuala Lumpur tapi tak berkunjung ke sini sebab cuacanya sejuk dan nyaman. Lagi satu duk jalan2 atas puncak Genting Highland ni pun peluh tak keluar walaupun di bawah sinaran cahaya matahari macam duk dalam aircond je...huhu...


Saksikan video percutian kami di Genting Highland disini...



Okay terima kasih. Nantikan entry2 kami yang akan datang...bye...

1 comment:

  1. Lani kan dh tkdak dah go cart...dah ubah suai semua benda...kenangan saya jugak tahun 2004,2005

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.