Saturday, August 17, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 2

Kami semua rasa segar dan nyaman selepas berehat semalaman di bilik hotel ni, kami breakfast dengan roti2 yang kami bawa je pagi ni...lepas tu kami pun bersiap untuk berjalan2 cari makan...so kami pergi kat kaunter pertanyaan kat lobi hotel dan mintak diorang panggil teksi untuk bawa kami ke tempat makan yang best2 tapi yang dekat2 je atas faktor keselamatan ekoran pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna...



Bilik deluxe twin bed



Bilik deluxe king bed


Rombongan berangkat turun dari hotel



Pulau Berhala, bentuk seperti jenazah lelaki



Bentuk seperti jenazah perempuan



Dekat kawasan perkampungan air Sim Sim


Pemandu teksi yang bawa kami memang peramah dan juga secara tak langsung jadi tour guide kami, macam2 dia cerita pasal Sandakan ni...memang bestlah...



Kedai Ikan Bakar Pasar Sim Sim, itu adalah tauke dia


Selepas berbincang dengan pemandu teksi, akhirnya kami dibawa ke Sim Sim, aku pun dah lupa apa diorang panggil tempat tu, makanan seafood kat perkampungan air, tapi kami terpaksa cari kedai makan kat tempat lain sebab kedai seafood Cina tu tak ade tanda halallah...so kami kol balik pemandu teksi tu, kali ni dia bawa van sebab kami ramai...kekekeke...lepas tu dia bawak kami makan di Ikan Bakar Pasar Sim Sim, memang banyak ikan bakar, semua kedai Melayu...sedap dan murah sangat makan kat sini...lebih kurang rm76 je kami makan 6 orang kami...pergghhh murah tu...siap lebih tu dan kami tapau wat balik hotel...kekekeke...




Berbagai2 menu pilihan



Sempat lagi snap...kekekeke


Selesai menjamu selera



Anak aku merajuk pulak dah....hehehe



Nasib Tok Wan dia pujuk



Naik van plak kali ni...



Kat depan Sandakan Central Market


Selepas selesai menjamu selera, kami pun di bawa ke Sandakan Central Market, betul2 sebelah hotel kami Four Point Sandakan by Sheraton...macam2la wife and mak dan mentua aku berborong...barangan dia lebih kurang macam kat Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu, Kelantan ataupun Pekan Rabu kat Alor Setar, Kedah. Lama jugaklah masa dihabiskan kat sini...pergghh penat giler beb....




Antara baju yang dijual di Sandakan Central Market



Mak Tok dia belikan anak patung, seronoklah dia...huhu..




Bergambar kenangan  kat depan hotel lepas shopping kat Sandakan Central Market



Pastu kami balik hotel jap untuk berehat sambil membelek2 barangan yang dibeli, dekat petang skit aku pun ronda2 kat kawasan sekitar hotel, kedudukan hotel ni dekat kawasan tumpuan di tepi laut memang cukup menarik, jauh gakla aku menapak berjalan2 untuk meronda...



Pemandangan dari hotel



Pemandangan dari bilik hotel kami




Bergambar berhampiran hotel

Four Points Sandakan by Sheraton


Bersama anak tersayang

Bergambar kenangan





Malam tu, kami makan malam dekat gerai tepi laut berhampiran Genting Mas Mall...


Ini videonya:






Bersambung nanti....




0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.