Friday, August 16, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 1

Pada 8 March 2013 yang lepas, aku bersama keluarga terbang lagi kali ni ke bumi Sabah lagi, destinasi kami kali ni adalah Sandakan, kami pergi bercuti selama 4 hari 3 malam, aku booked tiket pada hujung bulan Januari lagi sebab waktu tu MAS wat promosi RM98 pergi balik KL-Sandakan...kira murahla tu kan...pastu aku pun booked Four Point Hotel by Sheraton awal2 lagi...nak dijadikan cerita waktu tarikh percutian kami nila berlakunya pencerobohan oleh pengganas Sulu kat Sabah, kami pun hampir2 cancelkan percutian kami ni...kalau cancel habislah tiket flight+hotel kami...Aku call IPD Sandakan dan bagitau kami nak ke sana sebab dah beli tiket flight awal lagi, diorang suruh datang, diorang kata keadaan terkawal dan selamat...ada beberapa batalion tentera yang berkawal...




Bergambar sebelum masuk ke balai berlepas





Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang berjaya mengawal keadaan di Sabah tu...Syukur tiket flight dan hotel kami tak hangus dan kami dapat pergi bercuti walaupun dalam keadaan yang agak takut sedikit...tapi aku wat rilek je...dan berjaya meyakinkan ahli keluarga aku yang keadaan kat sane terkawal dan selamat....Alhamdulillah mak aku, ayah mentua dan mak mentua aku pun boleh ikut jugak...kira percutian keluargala ni...kekekeke...




Bersedia untuk terbang



Anak kesayangan kami bersama datuk dan neneknya

Flight kami berlepas dari KLIA pada jam lebih kurang jam 3.40pm dan sampai di Sandakan Airport lebih kurang jam 6.25pm, waktu tu pun dan nak masuk Maghrib dah...waktu dalam flight aku teruja sebab boleh nampak puncak Gunung Kinabalu dari dalam flight...memang cantik...tinggi lagi dari awan tu...pergghhh cantekkk...waktu aku naik flight ke Kota Kinabalu aritu, aku tak perasan pulak Gunung Kinabalu ni dari dalam flight...mungkin tak lalu dekat Gunung Kinabalu kot...hehehe...Dalam flight anak aku duduk dengan Mak Tok dan Tok Wan dia...maklumlah cucu kesayangan...



Macam2 ado


Nasi berlaukkan udang



Bondaku sedang menjamu selera




Waktu sampai di Sandakan Airport, pihak hotel telah menyediakan airport transfer untuk kami, van besar tuu...drivernye pun sangat peramah...airport transfer tu aku dah arrangedkan dengan pihak hotel awal2 lagi...waktu on the way ke hotel tu, ada roadblock ekoran pencerobohan pengganas Sulu, driver tu kata banyak roadblock yang polis buat di merata2 tempat, pencerobohan tu berlaku di Lahad Datu dan Semporna, agak jauhla skit dari Sandakan...





Tak sia2 bawak tablet China aku ni, sempat gak layan Hobbit 2013...kekekeke




Puncak Gunung Kinabalu



Matahari dah nak tenggelam waktu kami tiba di Sandakan Airport



Perjalanan dari airport ke Four Point Sandakan Hotel lebih kurang 20 minit je...aku booked 2 bilik, 1 bilik aku booked pakai agoda.com dan 1 bilik lagi aku booked pakai expedia.com untuk maintain harga yang same...maklumla mula2 aku booked satu bilik pakai agoda.com sebab bajet cukup untuk satu bilik je, waktu tu bilik dia lebih kurang rm200 sebilik, pastu lebih kurang seminggu dua aku pun nak booking satu bilik lagi kat agoda.com, tau2 harga dah mahal, jadi aku pun call pihak hotel bagitau masalah aku, diorang bagi suggestion booking pakai expedia.com untuk satu bilik lagi, pastu aku check kat expedia.com harga dia murah lagi...



Kat Imigresen Sandakan Aiport




Berbanyak terima kasih diucapkan kepada driver hotel yang sangat baik hati dan peramah kerana sudi pick up kami di airport



Di lobi hotel




Acara perasmian bilik hotel daripada anak kesayanganku



Bilik hotel memang selesa




Bergambar berdua kat luar hotel, kebetulan anak kami tak nak ikut kami beli makanan kat McDonald


Main laptop dulu sebelum tidur...kekekeke...

Waktu check in pihak hotel bagi kami connecting room, so senangla anak aku nak berulang-alik bilik Tok dia ngan bilik kami...hotel dia pun sangat selesa...tepi laut pulak tuu...malam tu kami pergi beli McDonald je untuk makan malam...lepas makan...kami semuapun zZzZzZ sebab kepenatan....






bersambung pulak nanti...

2 comments:

  1. wahhh wahhh.. slalu bercuti naik kete je.. la nie teringin plak nak naik plane! huhu.. slalu gak tgk Agoda ape yg menarik!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal bro...aku pun kalau bercuti mmg dah set modus operandi aku dah mula2 cari flight murah2 pastu masa smp airport tempat destinasi pastikan ada org ambik atau naik train atau bas yg penting bkn aku yg drive sendiri..kekeke..., last skali mesti mau check in hotel baru privacy...murah2 pun takpe....kekeke...barulah betul feel2 macam pelancong backpackers mat saleh...kekeke...

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.