Tuesday, August 20, 2013

Bercuti di Sandakan, Sabah Mac 2013 Day 3

Kami bersarapan kat dalam hotel pagi ini, dah datang ramai2..apalagi pagi2 duk sembang2 macam2la...sambil2 tu kami ikut jugak berita berkenaan pencerobohan tu...Arini pun kami hanya plan jalan dekat2 hotel je...tak payah naik teksi ape...jimatla sket...hehehe...lagipun keadaan pun tak berapa mengizinkan untuk pergi jauh2...




Bergambar bersama bonda tersayang

Dekat2 tengahari kamipun turun ke bawah untuk mencari kedai2 yang sesuai untuk menjamu selera, pilih punya pilih akhirnya kami singgah kat kedai Tom Yam Restaurant kat depan Harbour Mall, harga pun boleh tahanla kat situ...mahal skit berbanding dengan dekat Pasar Sim Sim tu...dapat gak merasa udang galah...Alhamdulillah...



Bergegas mencari tempat untuk menjamu selera


Besar tu udang galah dia



Waktu kami dapat lihat ramai anggota tentera yang membuat rondaan untuk menjaga keamanan bandar Sandakan ni...rasa selamat sket...huhu...



Ronda2 dalam Harbour Mall Sandakan


Lepas tu kami pusing2 dalam Harbour Mall, macam shopping complex yang ada kat KL je...lepas tu kami pun pergi balik ke Sandakan Central Market untuk shopping lagi..



Tengah pilih kasut kat Sandakan Central Market




Anak aku dapat anak patung baru lagi, Mak Tok dan Tok Wan dia belanja...hihi...


Waktu teman ahli keluarga aku shopping2 tu aku sempatlah interview dan bersembang2 dgn penjual yang memang asal orang Sandakan ni...mereka memang peramah, mereka tengok gaya kita pun mereka dah tau yang kita ni orang semenanjung...lepas tu dekat2 petang, kami pun balik hotel balik...berehat jap...sebelum turun balik ambik angin laut...




Macam2 ado kat tingkat bawah Sandakan Central Market ni



Tu dia bertimbun2


Dan naik kat hotel tu aku pun pergilah ronda2 dalam hotel tu nak tengok kolam renang dia...memang cantek beb...tak rugi datang hotel ni...tapi aku tak pergi mandi kat sini...tengok2 je...huhu




Pintu keluar ke swimming pool Four Point Sandakan by Sheraton, memang ekslusif hotel ni



Canteknya...memang seperti yang diiklanlan dalam agoda.com


Anak aku pulak duk mintak2 nak pergi Harbour Mall balik nak main mainan inflatable...aku pun bawaklah dia pergi main kat sana ditemani Tok Wan dia skali...Anak aku ni pergi melancong waktu ngan datuk dan nenek dia memang macam2 dia mintak...mintak itu la..mintak ini la...banyak yang dapat pulak tu...maklumlah cucu kesayangan...hehehe...



Dapat main inflatable kat Harbour Mall Sandakan ni baru seronok




Angin sepoi2 bertiup kat tepi laut ni



Lepas tu kami lepak kat gerai tepi laut kat sane sehingga selesai makan malam....malam ni adalah malam terakhir kami di Sandakan...walaupun santai tapi penuh bermakna percutian ni...boleh rehatkan minda...dan yang paling seronok skali aku dapat bawak Mak dan Ayah Mertua dan Mak Mertua melawat tempat orang di kepulauan Borneo ni...Syukur atas rezeki yang ALLAH SWT beri...



Dapat mainan baru pulak...Tok Wan dia belanja pulak...huhu



Sebelum makan malam


Saksikan video kami :






Bersambung nanti....

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.