Thursday, May 9, 2013

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua, buat pengetahuan anda semua.. aku mmg suka melancong n berjalan2, itupun kalau ada duit lebih n cutilah...huhu...tula dah baca blog2 perlancongan yang dishare oleh mereka2 yg berhati mulia ni...akupun terpanggil jugaklah nak share pengalaman aku melancong di negeri/negara orang....

Yang ni mula2 aku nak share pengalaman aku sekeluarga pergi melancong ke Kota Kinabalu Sabah pada bulan Jan / February 2012 selama 5 hari 4 malam...alah kira first time la kami keluar dari tanah semenanjung M'sia ni...Alhamdulillah...


Walaupun baru nak cerita, tapi kiranya bulan Jan / February 2012 ni tak adela lama sangat kan...tak basi lagila kisah percutian kami ni...hihi...



Tgh tgu flight kat KLIA

Al-kisahnya...kami bertolak dari KLIA berlepas ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada waktu tengahari...tak ingat dah flight kul brp...waktu dalam flight tu aku ngan wife aku n anak perempuan aku mmg sgt2 excited...maklumla tak pernah terbang keluar dari semenanjung ni...tak sabar2 nak menjamu selera dalam flight ni...pastu diorang hidang nasi ayam...perggghh...sedap giler beb!...yang anak aku punya nasi dia xabis makan..dia makan sikit je...yg tu pun aku habiskan...kenyang giler..puas hatilah...huhu..








Permandangan yang atas flight
 

Tengok permandangan kat luar...perghh..memang bestla...tapi masa dalam setengah jam pertama bestla blh tgk gunung2 masa dia terbang rentasi Negeri Sembilan atau Pahang kalau tak silap la...tapi masa melepasi laut China Selatan mmg tak nampak ape...nampak biru je...pastu nampakla pulau kat laut tu..masa tu aku ingatkan kepulauan Borneo dah..tp belum lagi...rupa2nya pulau2 Indonesia yang berada di antara semenanjung M'sia dan Sabah Sarawak...



Nasi ayam atas flight...sedapnyeee....yang ni la kami duk tunggu2...maklumla first time makan nasi dlm flight...jakun la kami ni kan...haha..

Pastu lebih kurang 3jam duk dalam kapal terbang, akhirnya kami berjaya menjejak kaki ke bumi Borneo ni...Alhamdulillah...Kami dah booking siap2 dah hotel kat www.agoda.com. Kami booking Rafflesia Hotel sbb harganya murah lebih kurang rm70 semalam kalau xsilap...Lepas dah smp kat airport antarabangsa KK, kami pun pergila cari teksi utk ke hotel, kami ambik teksi di kaunter dan caj dia RM30 utk ke hotel kami betul2 dekat tgh bandar KK...tp kami tak ambik gambar dalam hotel tu...mmg betul2 bajet hotel...cari sendirilah kat google camane condition hotel tu...malas nak cerita...kekekeke...





Saje je bergambar kat dpn signage ni, nk tunjuk sebagai bukti kami smp di tanah Borneo...kikiki...



Mmg kami dah bajet tambang teksi lbh krg RM30...mmg betul tekaan kami...sebenarnya kami dah tanya pihak hotel brp harga teksi lbh krg dari airport ke hotel...kakaka...


Video kami di Kota Kinabalu :








 Ok bersambung selepas ini pada part selanjutnya...tungguuuu...


0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.