Friday, May 10, 2013

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Part 3


Pada hari kedua, kami keluar berjalan2 selepas masuk waktu zohor, kami jamak siap2 Solat Zohor dengan Solat Asar di bilik hotel..kalau korang smp kat sini baik wat mcm kami la sbb keluar jalan2 kejap dkt2 kul 5pm dah nak gelap...kul 6pm lebih dah msk waktu Maghrib...kalau asyik duk jalan2 nnt kang lupa nk solat plak....sbb tu la kami suka bercuti tanpa pakai pakej sbb bebas sikit...al maklumla anakanda kesayangan aku ni bgn lambat sket...aku pn same...haha...

Ok sambung pada cerita balik, selepas mencari2 restoran akhirnya kami jmp gak restoran dkt dpn bangunan Centre Point Kota Kinabalu...sedap gak makan kat sini...nama restoran ni pun aku dah lupa...maklumla cerita ni dah setahun dah...aku cek google map...restoran ini dekat penjuru Jalan Kampung Air 5..harga dia standard semenanjung je...


Tu dia...penuh pinggan...huhu..sedap gak masakan kat Kota Kinabalu ni...so yummy...





Pastu kami masuk Centre Point Kota Kinabalu tu, semua macam di semenanjung cuma saje je kami singgah situ pastu update dalam facebook...hihi...kami ronda2 dalam tu...bawak anak perempuan kesayangan aku ni main game kat tingkat atas...pastu kejap je lbh krg jam 4ptg lbh pn dah macam panas2 petang dah..alamak kul 6 ptg nnt dah msk malam...so kami pun percepatkan langkah kami..


On the way to KK Waterfront, macam pelancong western pulak kami ni..hihi...

Pastu singgah kat KK Waterfront, ingat nak lepak minum2 teh ais or makan ais kacang ke kat sini sambil menikmati permandangan tepi laut..sekali tu dia majoriti kedai ada tulis Tiger, Carlsberg dan brand2 yang sewaktu dengannye...pastu aku tanya ada orang kat kedai yang aku tak nampak brand2 arak terpampang kat kedai dia..halal ke kat sini? dia cakap halal..pastu aku nampak macam semacam je diorang ni...so kami pn beredar ke tempat lain menghala ke KK Esplanade sbb aku was-was tahap halal kedai ni...cuma kami ambik2 gambar je kat tempat sini...tempat ni mungkin sesuai untuk pelancong western...


Bergambar di KK Waterfront


Cantik betul permandangan kat sini di KK Waterfont




Sebelum sampai kat KK Esplanade ni kami lalu pasar Philippines dan pasar Central Market, maknanya ada dua tempat yang boleh kita makan seafood sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen ni, satu dekat Pasar Philippines dan satu lagi dekat kawasan sekitar Central Market sebelum sampai kat Esplanade ni...Rambang mata tengok makanan laut dia...aku lupa nak snap kat kedai makan tu...aiseyman sori bro...


 Dolphin ni biasa aku tgk dalam internet je...skrg ni dpt tgk live kat KK Esplanade..


Mungkin dolphin ni jadi mercu tanda KK Esplanade


KK Esplanade ni terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen, kat belakang tu bangunan Hyatt Hotel


Wow besarnye ikan ni


Aku pun nak bergambar jugak...hehe..
Jadi waktu petang kami dihabiskan kat sini je...pastu kami pegi makan malam kat sebelah Central Market...
Sempoi je percutian kami, main area bandar je...aku dah bawak anak kecik ni tak nakla jenis percutian yang adventure2...aku nak santai je...menikmati keindahan tempat orang...hihi...yang penting enjoy..Kota Kinabalu mmg best sebab dia tepi laut macam kat Penang la pulak...



Santai kat KK Esplanade ni pn best gak...angin sepoi2 tiup...perghh...relax giler...

Bersambung nanti pada part yang berikutnya....

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.